Jejak bursa saham utama dan portfolio saham anda, lihat perubahan nilai sepanjang suatu tempoh masa dan dapatkan berita mengenai syarikat yang anda perhatikan.

Skrin Saham yang menunjukkan harga saham dan garis masa untuk saham yang dipilih. Leret garis masa ke kiri atau kanan untuk melihat statistik atau artikel berita.
  • Urus senarai saham anda. Ketik butang Info.

  • Tambah item:  Ketik butang tambah. Masukkan simbol, nama syarikat, nama dana, atau indeks, kemudian ketik Cari.

  • Padam item:  Ketik butang padam.

  • Susun semula tertib item:  Seret butang susun semula ke atas atau bawah.

Semasa melihat info saham, anda boleh mengetik sebarang nilai sepanjang bahagian kanan skrin untuk menukarkan paparan kepada perubahan harga, modal pasaran atau perubahan peratusan. Leret info di bawah senarai saham untuk melihat ringkasan, carta atau berita untuk saham yang dipilih. Ketik tajuk berita untuk melihat artikel dalam Safari.

Anda juga boleh melihat saham anda dalam tab Hari Ini pada Pusat Pemberitahuan. Lihat Pusat Pemberitahuan.

Nota: Sebut harga mungkin dilewatkan selama 20 minit atau lebih, bergantung pada perkhidmatan pelaporan.

  • Tambah artikel baru pada senarai bacaan anda. Sentuh dan tahan tajuk berita, kemudian ketik Tambah ke Senarai Bacaan.

  • Ketahui lebih lanjut. Ketik butang Yahoo!.

  • Lihat carta skrin penuh. Pusing iPhone kepada orientasi landskap. Leret ke kiri atau kanan untuk melihat carta saham anda yang lain.

  • Lihat nilai untuk tarikh atau masa tertentu:  Sentuh carta dengan satu jari.

    Skrin carta saham dalam orientasi mendatar. Sentuh carta untuk melihat harga untuk tarikh khusus. Luncurkan hari anda ke kiri atau kanan untuk melihat harga untuk tarikh lain.
  • Lihat perbezaan dalam nilai sepanjang suatu tempoh masa:  Sentuh carta dengan dua jari.

    Sentuh carta di dua tempat untuk melihat perubahan dalam harga sepanjang tempoh masa tertentu.
  • Gunakan iCloud untuk memastikan senarai saham anda dikemas kini pada peranti iOS anda. Pergi ke Seting > iCloud > Dokumen & Data, kemudian aktifkan Dokumen & Data (ia aktif secara lalai). Lihat iCloud.