Mel suara visual membolehkan anda melihat senarai mesej anda dan memilih yang mana untuk didengari atau dipadamkan, tanpa perlu mendengar kesemuanya. Lencana pada ikon Mel Suara memberitahu anda bilangan mesej belum didengar yang menunggu anda. Kali pertama anda mengetik Mel Suara, anda digesa untuk mencipta kata laluan mel suara dan merakamkan ucapan mel suara anda.
Dengar mesej mel suara. Ketik Mel Suara, kemudian ketik mesej. Untuk mendengar sekali lagi, pilih mesej dan ketik . Jika mel suara visual tidak tersedia dengan perkhidmatan anda, ketik Mel Suara dan ikuti prom suara.
Mesej disimpan sehingga anda memadamkannya atau pembawa anda memadamkannya.
Padam mesej. Leret atau ketik mesej, kemudian ketik Padam.
Nota: Di beberapa kawasan, mesej yang dipadam mungkin dipadam secara kekal oleh pembawa anda.
Uruskan mesej yang dipadam. Ketik Mesej Dipadam (pada penghujung senarai mesej), kemudian:
Dengar mesej yang dipadam: Ketik mesej.
Batalkan pemadaman mesej: Ketik mesej dan ketik Batal Padam.
Padam mesej secara kekal: Ketik Kosongkan Semua.
Kemas kini ucapan anda. Ketik Mel Suara, ketik Ucapan, ketik Tersuai, kemudian ketik Rakam. Atau untuk menggunakan ucapan generik pembawa anda, ketik Lalai.
Setkan bunyi isyarat untuk mel suara baru. Pergi ke Seting > Bunyi.
Tukar kata laluan. Pergi ke Seting > Telefon > Tukar Kata laluan Mel Suara.