Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat panggilan dari kawasan rumah anda, (termasuk kadar dan caj lain yang mungkin dikenakan), hubungi pembawa anda.
Apabila dalam perjalanan di luar negara, anda mungkin dapat menggunakan iPhone untuk membuat panggilan, hantar dan terima mesej teks dan gunakan aplikasi yang mengakses Internet, bergantung pada rangkaian yang tersedia.
Dayakan perayauan antarabangsa. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai ketersediaan dan bayaran.
Penting: Cas perayauan suara, mesej teks dan data mungkin dikenakan. Untuk mengelakkan caj semasa dalam perayauan, nyahaktifkan Perayauan Suara dan Perayauan Data.
Anda juga boleh merayau dalam rangkaian GSM, jika anda memiliki akaun CDMA dan anda memiliki iPhone 4s atau lebih baru dengan kad SIM dipasang. Semasa merayau dalam rangkaian GSM, iPhone mempunyai akses kepada ciri-ciri rangkaian GSM. Caj mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Setkan pilihan rangkaian. Pergi ke Seting > Selular untuk:
Aktifkan atau nyahaktifkan perayauan data
Aktifkan atau nyahaktifkan data selular
Aktifkan atau nyahaktifkan perayauan suara (CDMA)
Gunakan rangkaian GSM di luar negara (CDMA)
Lihat Maklumat penggunaan.
Nyahaktifkan perkhidmatan selular. Pergi ke Seting, aktifkan Mod Pesawat, kemudian ketik Wi-Fi dan aktifkannya. Panggilan telefon masuk dihantar terus ke mel suara. Untuk menyambung perkhidmatan selular, nyahaktifkan Mod Pesawat.
Buat panggilan ke kenalan dan kegemaran anda semasa di luar negara. (GSM) Pergi ke Seting > Telefon dan aktifkan Bantuan Pendailan. Bantuan Pendailan menambah awalan atau kod negara secara automatik untuk panggilan ke A.S.
Pilih rangkaian pembawa. Pergi ke Seting > Pembawa. Seting ini muncul pada rangkaian GSM apabila anda di luar rangkaian pembawa anda dan rangkaian data pembawa tempatan yang lain tersedia untuk digunakan bagi panggilan telefon, mel suara visual dan sambungan Internet rangkaian selular anda. Anda hanya boleh membuat panggilan pada pembawa yang mempunyai perjanjian perayauan dengan pembawa anda. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Caj perayauan mungkin dibilkan kepada anda oleh pembawa lain, menerusi pembawa anda.
Dapatkan mel suara apabila mel suara visual tidak tersedia. Dail nombor anda sendiri (dengan CDMA, tambah # selepas nombor anda), atau sentuh dan tahan “1” pada pad kekunci angka.