Ketik Terima untuk menjawab panggilan masuk. Atau, jika iPhone dikunci, seret gelangsar. Anda juga boleh menekan butang tengah pada headset anda.

Bahagian bawah skrin Kunci apabila panggilan masuk, dengan butang Ingatkan Saya, Mesej, Tolak dan Terima.
  • Senyapkan panggilan. Tekan butang Tidur/Bangun atau mana-mana satu butang kelantangan. Anda masih boleh menjawab panggilan selepas menyenyapkannya, sehingga ia masuk ke mel suara.

  • Tolak panggilan dan hantarnya terus ke mel suara. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Tekan butang Tidur/Bangun dua kali dengan cepat.

  • Tekan dan tahan butang tengah pada headset anda selama dua saat. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa panggilan telah ditolak.

  • Ketik Tolak (jika iPhone aktif apabila panggilan masuk).

Nota: Di sesetengah kawasan, panggilan yang ditolak ditamatkan tanpa dihantar ke mel suara.

  • Balas dengan mesej teks berbanding menjawab. Ketik Mesej dan pilih balasan atau ketik Tersuai. Untuk mencipta balasan lalai anda sendiri, pergi ke Seting > Telefon > Balas dengan Teks, kemudian ketik sebarang mesej lalai dan gantikannya dengan teks anda sendiri.

  • Ingatkan diri anda untuk membalas panggilan. Ketik Ingatkan Saya dan tentukan bila anda ingin diingatkan semula.