Dengan GSM, anda boleh menyediakan panggilan sidang dengan sehingga lima orang (bergantung pada pembawa anda).

  • Mulakan panggilan sidang, Semasa dalam panggilan, ketik Tambah Panggilan, buat panggilan lain, kemudian ketik Gabung Panggilan. Ulang untuk menambah lagi orang pada persidangan.

  • Keluarkan seorang peserta: Ketik butang panggilan bersebelahan orang, kemudian ketik Tamat.

  • Cakap secara peribadi dengan seorang peserta: Ketik butang panggilan, kemudian ketik Peribadi bersebelahan orang tersebut. Ketik Gabung Panggilan untuk meneruskan persidangan.

  • Tambah pemanggil masuk: Ketik Tahan Panggilan + Jawab, kemudian ketik Gabung Panggilan.