Apabila anda dalam panggilan, skrin menunjukkan beberapa pilihan panggilan.
Tamatkan panggilan. Ketik atau tekan butang Tidur/Bangun.
Gunakan aplikasi lain semasa dalam panggilan. Tekan butang Utama, kemudian buka aplikasi. Untuk membalas panggilan, ketik bar hijau di bahagian atas skrin.
Balas panggilan kedua. Anda boleh:
Abaikan panggilan dan hantarkannya ke mel suara: Ketik Abai.
Tahan panggilan pertama dan jawab panggilan baru: Ketik Tahan + Terima.
Tamatkan panggilan pertama dan jawab panggilan baru: Apabila menggunakan rangkaian GSM, ketik Tamatkan + Terima. Dengan rangkaian CDMA, ketik Tamatkan dan apabila panggilan kedua berdering kembali, ketik Terima atau seret gelangsar jika telefon dikunci.
Dengan panggilan ditahan, ketik Tukar untuk bertukar antara panggilan atau ketik Gabung Panggilan untuk bercakap dengan kedua-dua pihak pada masa yang sama. Lihat Panggilan sidang.
Nota: Dengan CDMA, anda tidak boleh bertukar antara panggilan jika panggilan kedua adalah panggilan keluar, tetapi anda boleh menggabungkan panggilan. Anda tidak boleh menggabungkan panggilan jika panggilan kedua ialah panggilan masuk. Jika anda menamatkan panggilan kedua atau panggilan yang digabungkan, kedua-dua panggilan akan ditamatkan.