Ingin keluar talian buat sementara waktu? Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian aktifkan Jangan Ganggu atau Mod Pesawat. Lihat Jangan Ganggu dan Perjalanan dengan iPhone.
Sekat pemanggil yang tidak diingini. Pada kad kenalan, ketik Sekat Pemanggil ini (anda boleh melihat kad kenalan pemanggil daripada Kegemaran atau Terbaru dengan mengetik ). Anda juga boleh menyekat pemanggil dalam Seting > Telefon > Disekat. Anda tidak akan menerima panggilan suara, panggilan FaceTime atau mesej teks daripada pemanggil yang disekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menyekat panggilan, lihat support.apple.com/kb/HT5845.