• Sediakan pemajuan panggilan, panggilan menunggu atau ID pemanggil. (GSM) Pergi ke Seting > Telefon.

  • Pemajuan Panggilan:  Ikon Pemajuan Panggilan () muncul dalam bar status apabila pemajuan panggilan aktif. Anda mesti berada dalam julat rangkaian selular apabila anda setkan iPhone untuk memajukan panggilan, atau panggilan tidak akan dimajukan.

  • Panggilan Menunggu:  Jika anda dalam panggilan dan panggilan menunggu dinyahaktifkan, panggilan masuk akan masuk terus ke mel suara.

  • ID Pemanggil:  Untuk panggilan FaceTime, nombor telefon anda dipaparkan walaupun ID pemanggil dinyahaktifkan.

Untuk rangkaian akaun CDMA, hubungi pembawa anda untuk maklumat mengenai mendayakan dan menggunakan ciri. Lihat support.apple.com/kb/HT4515.