Untuk menggunakan kawalan main balik, ketik skrin semasa menonton. Di bahagian tengah atas terdapat gelangsar kedudukan trek, dengan kepala main yang boleh anda leret untuk melangkau ke hadapan atau belakang. Masa yang telah berlalu dan masa yang kekal berada pada kedua-dua bahagian gelangsar kedudukan trek. Butang skrin penuh muncul di penjuru kanan atas jika video tidak muat pada skrin. Kawalan main balik video muncul merentas bahagian tengah bawah.
  • Skalakan video untuk memenuhi skrin atau muat pada skrin. Ketik butang skrin penuh atau butang keluar daripada skrin penuh. Atau dwiketik video agar menskala tanpa menunjukkan kawalan. Jika anda tidak dapat melihat kawalan penskalaan, video anda sudah muat padan skrin dengan tepat.

  • Mula semula dari awal. Jika video mengandungi bab, seret kepala main sepanjang bar leret terus ke bahagian kiri. Jika tiada bab, ketik butang trek sebelumnya.

  • Langkau ke bab seterusnya atau sebelumnya. Ketik butang trek seterusnya atau butang trek sebelumnya. Anda juga boleh menekan butang tengah atau yang sepadan pada headset yang serasi dua kali (langkau ke seterusnya) atau tiga kali (langkau ke sebelumnya).

  • Putar balik atau maju pantas. Sentuh dan tahan butang trek sebelumnya atau butang trek seterusnya.

  • Pilih bahasa audio berlainan. Jika video menawarkan bahasa lain, ketik butang trek alternatif, kemudian pilih bahasa daripada senarai Audio.

  • Tunjukkan sari kata atau kapsyen tertutup. Ketik butang trek alternatif. Bukan semua video menawarkan sari kata atau kapsyen tertutup.

  • Sesuaikan penampilan kapsyen tertutup. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen.

  • Ingin melihat kapsyen tertutup dan sari kata untuk pengguna pekak dan dengan masalah pendengaran? Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen dan aktifkan Kapsyen Tertutup + SDH.

  • Tonton video pada TV. Ketik butang AirPlay. Untuk maklumat lanjut mengenai AirPlay dan cara lain untuk bersambung, lihat AirPlay.